Sunday, November 03, 2013

.. colour of life ...

browsing hasil tangkapan foto dalam album semasa di Pahang terasa nak up load gambar gambar ini, saya suka warna warna yang terakam
 


saya rasa ini salah satu gambar yang tercantik pernah saya hasilkan


Saturday, November 02, 2013

...Pemerkasaan Bumiputera... Bajet 2014

... sila ambil peluang ini..
 
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pemerkasaan Bumiputera

174. Aspirasi untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai dengan penglibatan bersama semua, terutamanya kaum majoriti Bumiputera. Kerajaan komited untuk terus memperkasakan penyertaan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara dan menjadikan agenda Bumiputera sebagai agenda Nasional.

175. Untu...k itu, program yang akan dilaksanakan termasuk mempergiat program peningkatan kemahiran kepada belia, Program Peneraju Profesional serta meningkatkan bilangan pengambilan pelajar UiTM kepada 250 ribu menjelang 2020.

176. Syukur Alhamdulillah, terkini jumlah pelajar UiTM sudahpun mencecah jumlah 180 ribu orang. Selain itu, pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera atau SJJB, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.

177. Untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera, SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi sebanyak 300 juta ringgit bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

178. Di samping itu, dana 200 juta ringgit disediakan oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. Kemudahan ini akan membantu masyarakat Melayu setempat meningkatkan taraf hidup seiring dengan pembangunan pesat di kawasan persekitaran.

179. Kerajaan terus meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan dana permulaan 30 juta ringgit.

180. Di samping itu, bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat anchor terutama syarikat berkaitan Kerajaan diberi potongan cukai dua kali.

181. Seterusnya, bagi meningkatkan peluang perniagaan dan pembiayaan kepada entreprenur PKS, kemudahan pembiayaan pinjaman mudah turut disediakan. Antara kemudahan pembiayaan termasuk dana Amanah Ikhtiar Malaysia berjumlah 300 juta ringgit dan dana sebanyak 700 juta ringgit di bawah TEKUN.